
Pada 5 Ogos 2009, majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Kitchen Garden/Edible Landscape Peringkat Negeri Pahang telah diadakan di SK Sri Maulana, Pekan Pahang bersempena dengan kejayaan sekolah ini menjadi johan pertandingan tersebut.Terdapat beberapa kategori yang dipertandingkan di peringkat ini termasuklah kategori sekolah, rumah kediaman dan beberapa kategori lain lagi. SK Sri Maulana telah menjadi johan dalam kategori sekolah dengan tema 'Bumi Hijau'. Guru-guru di sekolah ini telah bertungkus-lumus menyiapkan projek ini bermula dari awal tahun 2009 di bawah kelolaan guru besar iaitu Encik Basri. Guru-guru Pendidikan Khas SK Sri Maulana telah diberi tanggungjawab sepenuhnya dalam proses menyiapkan projek Bumi Hijau ini. Penat lelah guru-guru akhirnya mendatangkan hasil apabila SK Maulana dinobatkan sebagai johan pada tahun ini. Tahniah diucapkan!





wah..makin sihat la cikgu maulana sbb makan sayur-sayuran, ikan, telur itik & buah-buahan hasil titik peluh sendiri ek....hehe... =)
ReplyDelete