Lawatan ke SK Sri Maulana pada kali ini telah membuka tirai 2010 dengan begitu membanggakan apabila Tuan Haji Murat telah mengumumkan bahawa Pendidikan Khas Integrasi SK Sri Maulana sebagai cemerlang. Ini kerana kesungguhan guru-guru PKI SK Sri Maulana yang telah pun ditunjukkan di awal tahun lagi. Selain itu, beliau juga telah menyatakan beberapa perkara yang telah menggembirakan hati beliau ketika melihat program-program Pendidikan Khas di SK Sri Maulana. Perkara pertama yang beliau nyatakan ialah tentang kegembiraan beliau terhadap pelajar-pelajar KPLI-KDC yang telah dipilihnya untuk ditempatkan di SK Sri Maulana adalah sememangnya layak dan telah menunjukkan komitmen yang tinggi kepada pihak sekolah dan program-program Pendidikan Khas Integrasi. Kegembiraan beliau yang kedua adalah berdasarkan kepada semangat kerjasama guru-guru PKI SKSM yang begitu tinggi dan tidak dapat dinafikan lagi dengan terbentangnya bukti-bukti di depan mata beliau iaitu program bumi hijau, batik canting, tanaman herba, ternakan itik dan yang terbaru sekali ialah projek ternakan ikan hiasan yang baru sahaja bermula pada awal Januari 2010.
