Di awal projek Kelab Briged Tani Bumi Hijau 2009

Sejenak kita mengimbas kembali aktiviti-aktiviti pada permulaan projek Kelab Briged Tani Bumi Hijau di mana semua guru Pendidikan Khas SK Sri Maulana menjadi penasihat bagi kelab ini. Ahli kelabnya pula melibatkan semua murid pendidikan khas dan juga beberapa orang murid dari kelas arus perdana.

Di sini disertakan gambar-gambar yang menunjukkan proses-proses awal dalam menjadikan SK Sri Maulana dilitupi dengan tumbuhan-tumbuhan hijau yang memukau mata pengunjung-pengunjung.

Kelihatan murid dan guru sedang menjalankan aktiviti menanam, menyiram dan menggembur tanah dalam proses menghijaukan bumi SK Sri Maulana.


Anak-anak benih telah bercambah menjadi sayur-sayuran yang menghijau.


Tanaman herba juga mula diusahakan di bahagian tengah kawasan sekolah.

Tanaman hijau ditanam disekeliling kawasan sekolah agar mudah dijaga dan dikawal mutunya.



Antara tanaman awal yang ditanam ialah kacang tanah, cili, kangkung dan keledek.




Gambar menunjukkan kawasan-kawasan yang ditanam dengan sayur-sayuran dan juga herba.







Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan 2009 (HPPNK)

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2009 di adakan di Dewan MITC Melaka pada 10 hingga 16 Ogos 2009. SK Sri Maulana di bawah Pendidikan Khas telah menyertai salah satu pertandingan yang diadakan iaitu Pertandingan Kitchen Garden/Edible Lanscape bagi kempen bumi hijau peringkat kebangsaan. Di dalam pertandingan ini, SK Sri Maulana muncul sebagai johan bagi kategori sekolah rendah dan telah memenangi hadiah wang sebanyak RM2,500 dan sijil penghargaan. Guru besar SK Sri Maulana dan guru-guru pendidikan khas telah berbesar hati menghadirkan diri dalam acara penyampaian hadiah tersebut.


Poster ini disediakan oleh pihak penganjur untuk tatapan pengunjung di mana terteranya nama SK Sri Maulana yang merupakan Johan dalam kategori sekolah rendah.

Poster menarik menunjukkan pemenang-pemenang dalam kategori sekolah rendah

Johan - SK Sri Maulana, Pekan, Pahang.
Naib Johan - SK Langgar, Kota Bharu, Kelantan.
Ketiga - SK Gombak Setia, Gombak, Kuala Lumpur


Beberapa lagi kategori yang turut dipertandingkan dalam Kempen Bumi Hijau Peringkat Kebangsaan ini


Guru Besar SK Sri Maulana iaitu Encik Basri sedang menerima hadiah



Antara hadiah yang telah dimenangi



Guru-guru SK Sri Maulana yang telah menghadiri majlis tersebut sempat bergambar kenangan bersama hadiah yang dimenangi

Di sekitar majlis Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2009 di MITC Melaka.



Beberapa kreativiti dan pameran yang turut menjadi tumpuan lensa kamera

OBJEKTIF

  1. Menguasai kemahiran berkomunikasi
  2. Menguasai kemahiran bergaul
  3. Mengetahui dan memperkembangkan perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling.
  4. Menjaga keselamatan dan kesihatan diri
  5. Mengurus hal-hal kehidupan seharian
  6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep diri yang positif
  7. Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi
  8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta kemahiran motor
  9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
  10. Merperkembangkan potensi, bakat dan daya kreatif dan intelek.

MATLAMAT

Program Integrasi Pendidikan Khas ini ditubuhkan bertujuan untuk melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah dalam mengikuti pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai tahap perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, bakat dan akhlak agar mereka boleh menjadi masyarakat yang berguna dan dapat hidup berdikari.

MISI


Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid pendidikan khas untuk menjadikan mereka sebagai insan yang dapat berdikari dan berjaya dalam hidup serta dapat memberikan sumbangan bakti yang bermakna kepada masyarakat dan negara.

VISI


Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid khas dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan falsafah pendidikan negara.

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kitchen Garden/Edible Landscape Peringkat Negeri Pahang 2009






Pada 5 Ogos 2009, majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Kitchen Garden/Edible Landscape Peringkat Negeri Pahang telah diadakan di SK Sri Maulana, Pekan Pahang bersempena dengan kejayaan sekolah ini menjadi johan pertandingan tersebut.Terdapat beberapa kategori yang dipertandingkan di peringkat ini termasuklah kategori sekolah, rumah kediaman dan beberapa kategori lain lagi. SK Sri Maulana telah menjadi johan dalam kategori sekolah dengan tema 'Bumi Hijau'. Guru-guru di sekolah ini telah bertungkus-lumus menyiapkan projek ini bermula dari awal tahun 2009 di bawah kelolaan guru besar iaitu Encik Basri. Guru-guru Pendidikan Khas SK Sri Maulana telah diberi tanggungjawab sepenuhnya dalam proses menyiapkan projek Bumi Hijau ini. Penat lelah guru-guru akhirnya mendatangkan hasil apabila SK Maulana dinobatkan sebagai johan pada tahun ini. Tahniah diucapkan!


Banner yang menghiasi dewan SK Sri Maulana sempena pertandingan tersebut yang dirasmikan oleh Tuan Haji Manon B. Jali iaitu pengarah FAMA Negeri Pahang.


Guru Besar SK Sri Maulana, Encik Basri (tengah) bergambar kenangan bersama pemenang-pemenang dalam kategori masing-masing.

Lagi bergambar kenangan bersama pemenang-pemenang lain.

Pelawat dibawa mengelilingi kawasan sekolah yang dipenuhi dengan sayur-sayuran hijau.

Tanaman yang hijau dan subur berjaya membawa SK Sri Maulana ke Peringkat Kebangsaan.

Ternakan ikan keli turut menjadi tumpuan pelawat.

Selain sayur-sayuran, tanaman herba juga dijadikan tanaman utama di sekolah

Tebu ditanam di pinggir kawasan sekolah


Seorang guru di SK Sri Maulana mahir dalam bidang mencanting batik menunjukkan bakat semulajadi sambil di perhatikan oleh pelawat

Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mencuba